. .. .

 
   
   
   
   
   
   

. updated 4.24.04

 
 

 

                Peraturan #Japan

Memandangkan kami mendapat pengunjung dari pelusuk dunia yang
mempunyai umur dan kesukaan yang berbeza, kami TERPAKSA mengadakan pelbagai peraturan untuk memastikan kepentingan dan keselamatan mereka terjamin.


1.) Sila bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun(Romaji)
sahaja!

Setiap hari, kami mendapat pengunjung dari seluruh dunia, mereka
berasal dari negara yang berbeza dan bertutur dalam bahasa yang
berlainan. Ini menyukarkan pengunjung lain untuk memahami apa yang
dibincangkan oleh mereka. Untuk memastikan pengunjung lain memahami
apa yang dibincangkan, kami mambuat keputusan yang terbaik, iaitu
hanya bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun(Romaji) sahaja.


2.) TIADA PERTANYAAN jantina dan orang Jepun

#Japan bukan sebuah channel yang mengkalsifikasikan pengunjung mengikut
jantina atau negara. Jika anda ingin bersembang, anda boleh
melakukannya tanpa menghiraukan jantina atau warganegara orang
tersebut. Soalan yang menanyakan umur,jantina dan tempat tinggal hanya
akan mengganggu orang lain, sila jangan lakukannya.


3.) TIADA PERAYUAN ATAU PERMINTAAN untuk mendapatkan Op atau Voice di dalam channel.

Perbuatan merayu atau meminta Op atau Voice di dalam #Japan dilarang
dengan sama sekali. Jika anda merupakan seorang yang menyenangkan
dan mempunyai perlakuan yang baik, anda akan dianugrahkan Voice(+)
di depan Nickname anda sebaik sahaja Op yang bertugas memerhati anda.
Tetapi, ini TIDAK bermakna anda akan mendapat Voice setiap kali anda
mengunjungi #Japan. Janganlah anda bersedih kerana tidak mendapat Voice
kerana Voice tidak akan memainkan peranan jika anda bernar-benar
ingin bersembang.


4.) TIADA PERTANYAAN asl(umur,jantina dan tempat tinggal) dalam
Bahasa Inggeris mahupun bahasa lain dan perbuatan mengganggu
yang lain.

Anda boleh bersembang dengan orang lain tanpa menghiraukan umur dan
jantina orang tersebut.Terdapat sesetengah pengunjung yang mengunjungi
#Japan untuk mendapatkan bantuan dalam Bahasa Jepun dan lain-lain.
Mereka melakukan perbuatan tersebut tanpa memberi salam atau
menyanya khabar orang yang diminta bantuan. Perbuatan ini juga dianggap
perbuatan menggangu. Kebanyakan pengunjung mengunjungi channel ini
untuk bersembang dan bukan bekerja sebagai penterjemah dan menterjemahkan
suatu bahasa kepada bahasa yang lain. Anda boleh mendapatkan pelbagai
penterjemah dalam laman web untuk menterjemahkan Bahasa Jepun mahupun
bahasa lain. "perbuatan mengganggu yang lain" termasuk : on *:join-greeting dan
script automatik yang lain.

 

5.) TIADA seks / pelacuran / channel yang abnormal

#Japan mendapat sokongan daripada pelbagai lapisan masyarakat, ini
melingkungi golongan muda yang tidak mempunyai pengetahuan tentang
seks. Kami akan mengeluarkan sesiapa sahaja yang didapati mengandungi
unsur-unsur ini


6.) TIADA E-mail / Website(URL) / telefon / ID untuk network yang lain

Jika anda memaparkan sebarang website dalam channel ini, ini bermakna
kami akan mengeluarkan anda dari #Japan. Jika anda ingin membantu
sesiapa mengenai URL atau yang lain, kami mencadangkan anda lakukan
demikian dengan Private Message atau menggunakan /notice.
Untuk menjamin keselamatan pengunjung yang lain, kami tidak membenarkan
E-mails, nombor telefon atau sebarang ID untuk network yang lain
dipaparkan dalam channel ini..

7.) TIADA penggunaan bot / clones / script yang tidak dibenarkan

Jika anda ingin bersembang, anda tidak perlu menggunakan clone atau
bot untuk mengunjungi sesuatu channel.


Kami memberi jaminan bahawa Ops di #Japan tidak berseronok dengan
kick atau ban sesiapa sahaja. Walaubagaimanapun, kesalahan juga
berlaku sekali-sekala di kalangan Ops. Jika anda dikeluarkan(kick)
dari channel ini tetapi anda tidak tahu akan sebabnya, anda boleh
memastikannya dengan melihat sebabnya pada kick message.
Jika anda rasa anda dikeluarkan dari channel dengan tiada sebab yang
munasabah, anda boleh memberitahu Ops yang berada dalam #Japan
dangan menggunakan /msg nick message


 
Many thanks to BlizzardShoryu for this translation!